Tuesday, 6 May 2014

PENGUMUMAN : HARAP MAAF, PENDAFTARAN TELAH DITUTUP

AGRO HUNT Road To MAHA 2014


LATAR BELAKANG

  • Program Agro Hunt Road To Maha 2014 ini adalah satu program yang diolah seperti rancangan realiti televisyen terkenal The Amazing Race. Cabaran yang memberi pengkhususan kepada 6 sub sektor utama pertanian iaitu tanaman, ternakan, perikanan, industri asa tani, agro pelancongan dan pasar tani ini memerlukan peserta bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dan akan melakukan tugasan di check point yang telah ditetapkan.

  • Setiap checkpoint di dalam program ini adalah berbentuk pengetahuan dan teknikal dalam sektor pertanian di mana peserta akan terlibat dengan tanaman pokok, pemprosesan makanan dan minuman, membantu menjual hasil pertanian dan produk hiliran dan seumpamanya. Program ini akan disertai secara berkumpulan di samping mendedahkan kepada peserta berkenaan keistimewaan dan kelebihan sektor pertanian di Malaysia. Program ini merupakan salah satu aktiviti sampingan ke arah penganjuran MAHA 2014.
OBJEKTIF
  • Memberikan pengetahuan dan pengalaman di samping menerokai sektor pertanian di kalangan peserta-peserta program;
  • Memberikan pendedahan secara teknikal berkenaan aktiviti-aktiviti pertanian yang berkaitan;
  • Membudayakan sikap meminati sektor pertanian di kalangan belia; dan
  • Mempromosikan MAHA 2014;
  • Memberi peluang kepada pengusaha pertanian untuk mempromosi produk mereka.
SASARAN PESERTA
  • Bilangan Peserta : 200 orang
  • Bilangan Kumpulan : 50 (1 Kumpulan 3 atau 4 Orang)
  • Umur : 17 tahun ke atas
  • Terbuka (Lelaki dan Perempuan)
  • Warganegara Malaysia
  • Menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak
KONSEP PROGRAM
  • First Come, They Become The Winner (dengan syarat report card dicop bagi setiap checkpoint dan melakukan semua tugasan dengan betul)
LAMAN WEB